"Enter Your Headline Here"
Bazaar MAINS merupakan sebuah pusat usahawan kecil bumiputera yang telah dibuka di penghujung tahun 2005 dan kini kian mendapat sambutan yang mengalakkan.Dahulunya dikenali sebagai Pekan Rabu.
Bazaar MAINS ini ditubuhkan bertujuan menyediakan tempat atau tapak perniagaan kepada pengusaha bumiputera dengan kadar sewa pada masa kini serendah RM250.00 sebulan kerana pemberian 50% peratus subsidi disamping pihak MAINS juga menanggung kos penyelenggaraan sepenuhnya.Tawaran ini (kadar sewa) tidak terdapat di mana-mana terutama di sekitar bandar Seremban.MAINS juga memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi atau sektor perniagaan di kalangan bumiputera.Bazaar MAINS juga mengalu-alukan pihak yang berminat untk menjadikan lokasi ini sebagai tempat penganjuran pelbagai aktiviti/program/ekspo/acara.Kadar yang dikenakan adalah amat minima dan boleh dirunding.Di antara kemudahan asas yang disediakan termasuk pentas (stage),PA system dan ruang legar (booth) disamping kemudahan surau serta tandas awam yang sentiasa bersih.
Di Bazaar MAINS,terdapat 60 unit lot kedai yang menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan.Di antaranya ialah produk-produk kecantikan dan kesihatan,pakaian,kain,andaman,beg,buku-buku,perhiasan wanita,barangan antik,barangan kraf,cenderahati,kedai-kedai jahitan pakaian/langsir,bunga hiasan,makanan tradisional,peralatan alatulis,perkhidmatan photostat,telekomunikasi,insuran,agensi pinjaman koperasi,syarikat penerbitan buku & majalah,pesuruhjaya sumpah,pembuat bingkai & cermin,komputer,pelbagai produk jenama tupperware,pakaian dalam wanita (Caely),minyak wangi,sudut lukisan & pelukis,salun rambut,salun kecantikan,suratkhabar & majalah,makanan ringan,pembekal & pembuat perabut dan perubatan homeopathy serta lain-lain lagi.
Selain itu pada bulan April 2008 Bazaar MAINS telah dilengkapi dengan kemudahan internet wifi.Untuk memudahkan orang ramai,MAINS telah memasang arah papantanda ke lokasi Bazaar MAINS pada bulan March 2009.Para pengunjung boleh menikmati makanan & minuman di Kafe 1 dan 2 serta gerai cendol yang telah menjadi sebutan orang ramai.